Kunjungan hormat Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK ( Perancangan & Pembangunan), YBrs Ir. Hamdzah Bin Abdul Rahman ke Permodalan Kelantan Berhad.
Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK (Perancangan & Pembangunan), YBrs Ir. Hamdzah Bin Abdul Rahman telah mengadakan sesi kunjungan hormat ke Permodalan Kelantan Berhad (PKB).
Objektif utama kunjungan ini sebagai sesi suai kenal di antara Tuan TKE P&P yang baharu dengan Kumpulan Syarikat Anak.
Selain itu, ianya juga dapat mengeratkan lagi hubungan di antara Kumpulan Pengurusan PKINK dan anggota Kumpulan PKB.
Ketibaan Tn TKE P&P serta delegasi PKINK telah disambut mesra oleh Pengurus Besar PKB, En Hassan Shukri bin Hussein bersama-sama anggota Pengurusan PKB