Kursus Gold Appraiser Training Programme (GAT) oleh Akademi Permodalan Pada 9-12 Jun 2024 bertempat di Hotel Ibis Styles Kota Bharu.
Akademi Permodalan, sebuah unit latihan di bawah Permodalan Kelantan Berhad telah mengadakan Kursus Gold Appraiser Training Programme (GAT) pada 9-12 Jun 2024 bertempat di Hotel Ibis Styles Kota Bharu.
Kursus ini melibatkan 19 orang peserta yang terdiri dari kakitangan Koperasi Rakyat Kelantan Berhad, Shoraka Suyula Platform Sdn Bhd dan Pengurus Kedai Emas. Para peserrta yang menyertai kursus GAT dapat mempelajari teknik asas pengujian dan ketulenan emas menggunakan densimeter, batu hitam & asid.
Para peserta hendaklah menduduki ujian secara teori dan amali dan haruslah lulus ujian tersebut bagi memperolehi Sijil Kemahiran Penaksir Emas Gold Appraiser Training Programme (GAT).