Aktiviti Ar-Rahn di Program Madani Rakyat Zon Timur 2024 di Kuantan, Pahang Darul Makmur
Ar Rahn PKB telah turut serta bersama dalam Pameran Program Madani Rakyat (PMR) Zon Timur 2024 di Dataran Sayangi Kuantan, Pahang.
Booth Ar Rahn PKB menyediakan perkhidmatan mencuci barang kemas kepada pengunjung yang hadir sebagai satu simbolik kepada perniagaan pajak gadai Islam Ar Rahn yang dijalankan.
Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato Seri Anwar b Ibrahim turut melapangkan masa berkunjung ke booth Ar Rahn PKB.