Aktiviti mendulang emas di Tapak Mendulang Emas Warisan, Sungai Taduh, Kampung Kalai , Jeli, Kelantan oleh Unit Latihan Akademi Permodalan.
21 Mei 2024 - Permodalan Kelantan Berhad menerusi Unit Latihan Akademi Permodalan telah menjalankan aktiviti mendulang emas di Tapak Mendulang Emas Warisan, Sungai Taduh, Kampung Kalai, Jeli, Kelantan.
Program ini bertujuan memberikan pendedahan ilmu dan pengalaman mengenai proses mendulang emas kepada pihak Pengurusan dan tenaga pengajar Program Penaksiran Emas.
Turut menyertai aktiviti mendulang emas ialah En Hassan Shukri Bin Hussein, Pengurus Besar PKB. Beliau berkata program ini memberikan satu pengalaman berharga dan dapat merasai susah senang pendulang emas mencari rezeki walaupun seketul emas.