34 Cawangan Ar-Rahn PKB Menyantuni Jururawat-Jururawat Di Hospital Terpilih Sempena Hari Jururawat 2024
SELAMAT HARI JURURAWAT SEDUNIA
Jururawat merupakan tulang belakang sistem penjagaan kesihatan dan memainkan peranan utama dalam menyelamatkan nyawa serta memastikan mutu penjagaan kesihatan di tahap optimum.
Tugas dan tanggungjawab seseorang jururawat sangat besar dalam menyediakan perkhidmatan untuk merawat pesakit di fasiliti kesihatan.
Justeru itu, 12 Mei diiktiraf sebagai Hari Jururawat Sedunia bagi merakamkan penghargaan kepada semua Jururawat di Malaysia khususnya dan di seluruh dunia amnya.