Kursus Ar-Rahn Operational Management (AOM) Oleh Akademi Permodalan Kelantan Berhad 26-30 Mei 2024 di Ibis Style Hotel, Kota Bharu
Akademi Permodalan Kelantan Berhad, Sebuah unit latihan di bawah Permodalan Kelantan Berhad telah menjalankan Kursus Ar Rahn Operational Management (AOM) bermula 26-30 Mei 2024 di Ibis Style Hotel Kota Bharu, Kelantan.
Kursus yang dijalankan selama 5 hari ini termasuk peperiksaan merupakan kursus wajib kepada semua anggota yang bertugas di Pajak Gadai Ar-Rahn PKB dan Francaisi Ar-Rahn. Objektif kursus adalah untuk memberikan kefahaman dan memantapkan lagi prosidur pengoperasian di cawangan Ar-Rahn.