Majlis Menandatangani Perjanjian Penstrukturan Semula Model Perniagaan Bagi Aktiviti Ar-Rahn antara Permodalan Kelantan Berhad dan Koperasi Permodalan Kelantan Berhad, 7 Zulkaedah 1445H, 16 Mei 2024

Majlis Menandatangani Perjanjian Penstrukturan Semula Model Perniagaan Bagi Aktiviti Ar-Rahn Antara Permodalan Kelantan Berhad Dan Koperasi Permodalan Kelantan Berhad, 7 Zulkaedah 1445H, 16 Mei 2024
Majlis Menandatangani Perjanjian Penstrukturan Semula Model Perniagaan Bagi Aktiviti Ar-Rahn Di Antara Permodalan Kelantan Berhad (PKB) dan Koperasi Permodalan Kelantan Berhad (KoPKB) telah diadakan pada 7 Zulkaedah 1445H bersamaan dengan 16 Mei 2024 bertempat di Hotel Perdana, Kota Bharu, Kelantan.
Majlis tersebut diadakan bertujuan untuk memenuhi garis panduan yang telah ditetapkan oleh pihak Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) selaku pengawal selia aktiviti pajak gadai Islam (Ar-Rahnu) di Malaysia serta dan bagi penerbitan Sukuk yang bernilai RM300.0 juta.
Sesi menandatangani perjanjian tersebut telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Dato' Bentara Kanan Ustaz Dato’ Haji Ahmad Bin Yakob (Pengerusi Permodalan Kelantan Berhad) dan Encik Abdul Rahman bin Ali (Pengerusi Koperasi Permodalan Kelantan Berhad) disaksikan oleh Yang Berusaha Encik Zainudin bin Mohamed (Pengarah SKM Negeri Kelantan), Yang Berbahagia Dato’ Surveyor (Sr) Haji Zamri bin Haji Ismail (Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan merangkap Pengarah Eksekutif Permodalan Kelantan Berhad), Encik Hassan Shukri bin Hussein (Pengurus Besar Permodalan Kelantan Berhad merangkap Penasihat Kanan Koperasi Permodalan Kelantan Berhad) dan Encik Muhammad Nafis bin Zainudin (Pengurus Besar Koperasi Permodalan Kelantan Berhad).
Turut hadir memeriahkan majlis tersebut terdiri daripada Ahli Lembaga Pengarah Permodalan Kelantan Berhad, Ahli Lembaga Koperasi Permodalan Kelantan Berhad, pihak peguam dari Kadir, Andri & Partners (KAAP) dan The Chambers of Shamsul Qamar (CSQlaw) serta jemputan daripada Maybank Investment Bank Berhad (MIBB) sebagai Lead Arranger bagi terbitan Sukuk.

Print