Majlis Menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) di antara Universiti Utara Malaysia dengan Permodalan Kelantan Berhad.
Pada 31 Mac 2024 bersamaan 20 Ramadhan 1445H telah berlangsung Majlis Menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) di antara Universiti Utara Malaysia dengan Permodalan Kelantan Berhad bertempat di Dewan Canselori, UUM Sintok, Kedah.
(MoA) ini telah ditandatangani oleh Yang Berhormat Dato Bentara Kanan Ustaz Dato Hj Ahmad bin Yakob selaku Pengerusi PKB dan Yang Berusaha Profesor Dr. Mohd Foad Sakdan , Naib Cancelor UUM yang turut disaksikan oleh wakil kedua pihak.
Melalui (MoA) ini menjadikan UUM Institusi pertama di Malaysia yang memperolehi pengiktirafan Pensijilan Profesional Ar-rahnu (APC).
Selain itu juga, diadakan agihan bubur lambuk kepada komuniti sekitar Sintok yang turut ditaja oleh PKB.