Majlis Penyampaian Sumbangan Kasih Ramadhan kepada Pondok Tahfiz Raudahtul Al-Solihin Wakaf Bharu, Kelantan
Sempena Ramadhan Al-Mubarak yang mulia, Permodalan Kelantan Berhad telah mengadakan Majlis Penyampaian Sumbangan Kasih Ramadhan kepada Pondok Tahfiz Raudahtul Al-Solihin Wakaf Bharu, Kelantan yang disempurnakan oleh YB Dato' Bentara Kanan Dato' Ustaz Haji Ahmad Bin Yakob, Pengerusi Permodalan Kelantan Berhad.
Turut hadir YBhg. Dato' Sr. Zamri Bin Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK, YBrs. En. Ahmad Nazri Bin Ismail, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (HEK) PKINK, YM Tuan Faizal Bin Tuan Sulaiman, Pengurus Kanan Pengurusan Sumber Manusia Kumpulan PKINK dan YBrs. En. Hassan Shukri Bin Hussein, Pengurus Besar PKB.
Sumbangan yang disalurkan berbentuk wang tunai untuk pembangunan Pondok Tahfiz, peralatan pengajaran dan pembelajaran serta agihan duit raya Aidilfitri kepada 20 orang pelajar Tahfiz. Seramai hampir 60 orang telah hadir memeriahkan majlis tersebut.