Program Jaulah Musaa'adah sempena Ihtiram Ramadhan bagi tahun 1445H/2024M
8 Ramadan 1445H /19 Mac 2024
Permodalan Kelantan Berhad telah melancarkan Program Jaulah Musa'adah sempena Ihtiram Ramadan bagi tahun 1445/2024 yang akan diadakan pada 19-21 Mac 2024.
Program tahunan ini bertujuan untuk membantu golongan asnaf yang terdiri dari pelanggan Ar-Rahn yang layak. Program ini melibatkan 34 cawangan seluruh negara dengan penyerahan sumbangan berbentuk makanan asas kepada 5 keluarga asnaf setiap cawangan dengan kos sebanyak RM17,000 keseluruhan.
Hari ini telah berlangsung acara 'Flag Off' yang disempurnakan oleh YBhg. Dato' Sr. Zamri Bin Ismail Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK. Turut hadir memeriahkan acara En Ahmad Nazri Bin Ismail Timbalan Ketua Eksekutif PKINK, YM Tuan Muhammad Faizal Tuan Sulaiman Pengurus Kanan Pengurusan Sumber Manusia Kumpulan,En Hassan Shukri Bin Hussein Pengurus Besar PKB bersama anggota PKB yg melibatkan 7 buah kenderaan bagi pelepasan pada hari ini.