Kunjungan hormat dari SAPHX Technologies dan Kumpulan Sharoka ke ibu pejabat PKB
18 SYAABAN 1445H / 28 FEBRUARI 2024.
Permodalan Kelantan Berhad telah menerima kunjungan hormat dari SAPHX Technologies dan Kumpulan Shoraka di Ibu Pejabat PKB.Melalui kunjungan ini, wakil dari SAPHX Technologies dan Kumpulan Shoraka berhasrat dapat membina hubungan yang baik serta mewujudkan peluang kerjasama dalam bidang Ar-Rahn bersama PKB pada masa akan datang.Turut hadir bersama ialah Pengurus Besar Permodalan Kelantan Berhad, En Hassan Shukri Bin Hussein.