Program Kacau Sugho Perdano 2024 sempena bulan Muharram 1446H bertempat di perkarangan Ar-Rahn 1-STOP, Lembah Sireh, Kota Bharu.
1 Ogos - Sempena meraikan bulan Muharram 1446 yang mulia, PKB mengadakan Program Kuca Sugho Perdano 2024 untuk memperingati peristiwa Hari Asyyura dan mengambil teladan dari kisah tersebut.
Sebanyak 5 kawah sugho telah diadakan di Perkarangan Ar-Rahn 1 Stop, Lembah Sireh Kota Bharu. Sugho telah diagihkan kepada pelanggan Ar Rahn dan jiran setempat.
Turut hadir YB Dato' Bentara Kanan Ustaz Dato' Hj Ahmad Bin Yakob Pengerusi PKB, En Ahmad Nazri Ismail, Timb. Ketua Pegawai Eksekutif (HEK) PKINK dan YBhg Datuk Wira Dr Noor Zari Bin Hamat Ahli Lembaga Pengarah PKB.