Majlis Pelancaran Operasi Dinar Dirham dan Kempen Simpanan Progresif Penjawat Awam Kerajaan Negeri Kelantan

Majlis Pelancaran Cawangan Operasi Dinar Dirham Kelantan dan Kempen Simpanan Progresif Penjawat Awam Kerajaan Negeri Kelantan.

3 Julai 2024, KOTA BHARU : Kelantan Gold Trade telah mengadakan majlis pelancaran cawangan operasi Dinar Dirham Kelantan dan Kempen Simpanan Progresif Penjawat Awam kerajaan Negeri Kelantan yang bertempat di Dewan Bunga Teratai, Kompleks Kota Darul Naim
Tujuan program ini diadakan bagi memberi hebahan perkhidmatan KGT di seluruh negara melalui kerjasama strategik dengan Arrahn dibawah Permodalan Kelantan Berhad dan Koperasi Permodalan Kelantan Berhad
Permodalan Kelantan Berhad merupakan anak Syarikat Perbadanan Kemajuan Ikhtisad Negeri Kelantan yang menjalankan perkhidmatan dan perniagaan pajak gadai islam. Manakala Koperasi Permodalan Kelantan berhad adalah sebuah koperasi yang juga menjalankan perniagaan pajak gadai islam dibawah jenama yang sama Ar Rahn.
Kerjasama ini akan melibatkan 21 cawangan sebagai permulaan dan akan dipertingkatkan dari semasa ke semasa keseluruh Arrahn milik kedua-dua rakan strategik ini. Kerjasama strategik ini akan memudahkan pelanggan untuk membeli dinar dirham Kelantan dan produk emas dan perak keluaran kerajaan negeri Kelantan. Selain itu, antara perkhidmatan lain yang boleh didapati di cawangan operasi Arrahn ini adalah perkhidmatan jual balik produk, gadaian dan pengeluaran produk di dalam sistem simpanan elektronik dinar dirham KGT.

Print