Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan Koperasi Permodalan Kelantan Berhad (KoPKB) di Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK).
1 JAMADIL AKHIR 1445H / 14 DISEMBER 2023
Telah berlangsung Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan Koperasi Permodalan Kelantan Berhad (KoPKB) Tahun 2022 di Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK).
KoPKB menyerahkan zakat perniagaan sebanyak RM 20,000 untuk tahun 2022.
Majlis tersebut disempurnakan dengan wakil MAIK Tuan Haji Ridhwan Abdul Rahman, Ketua Pegawai Baitulmal MAIK menerima replika cek pembayaran dari Ketua Pegawai Operasi Permodalan Kelantan Berhad, En Ahmad Nazri Bin Ismail diiringi En Hassan Shukri Bin Hussein Pengerusi Koperasi PKB, En Wan Azkan Bin Wan Hassan Ahli Lembaga Koperasi PKB, En Azirin Bin Riffin Ahli Lembaga Koperasi PKB, Pengurus Besar KoPKB En Mohd Nafis Bin Zainudin dan Puan Zaililah Hassan , Pengurus Pemasaran KoPKB.




