Hari Keluarga PKB , Santai Bersama di Primula Beach Hotel, Terengganu
Permodalan Kelantan Berhad(PKB) telah mengadakan Hari Keluarga: Santai Bersama di Primula Beach Hotel Terengganu pada 30 November hingga 02 Disember 2023.
Acara Hari Keluarga PKB dimulakan dengan perasmian acara sukaneka oleh Yabrs. En Ahmad Nazri Bin Ismail Ketua Pegawai Operasi PKB.
Seterusnya pada Majlis Makan Malam Hari Keluarga PKB, 8 orang anggota telah menerima Anugerah Apresiasi Khidmat Lama untuk anggota PKB yang telah berkhidmat secara berterusan sekurang-kurangnya dua puluh lima tahun.
Majlis berlangsung meriah dengan acara cabutan bertuah untuk anggota PKB, Little Prince & Princess dan Queen & King of the night.


















