Sumbangan kepada NGO I-Relief And Humantarian Outreach kepada Palestin
RABU 25 RABIULAWAL 1445 H / 11 OKTOBER 2023
Permodalan Kelantan Berhad (PKB) menyampaikan sumbangan kepada NGO I- Relief And Humanitarian Outreach sebanyak RM 5000 untuk disalurkan kepada rakyat Palestin yang dilanda musibah.
Sumbangan ini adalah hasil dari kutipan Tabung Amal Ar Rahn PKB.
Penyampaian sumbangan telah disempurnakan oleh Ketua Pegawai Operasi PKB En Ahmad Nazri Bin Ismail kepada En Johan Arif Ismail wakil daripada NGO I - Relief and Humanitarian Outreach.




