Kunjungan Lawatan Pelajar dari Kolej Universiti Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) ke Ar-Rahn PKB
Ar Rahn PKB telah menerima kunjungan lawatan sambil belajar dari pelajar subjek Fiqh Muamalat, Diploma Al - Syariah, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) pada 23 RABIULAWAL 1445H/ 09 OKTOBER 2023M / Isnin.
Kunjungan ke cawangan Ar Rahn One Stop Lembah Sireh ini bertujuan memberi pendedahan dengan lebih jelas kepada pelajar- pelajar berhubung dengan operasi harian di cawangan Ar Rahn PKB menggunakan sistem yang sepenuhnya patuh syariah.










