Tahniah PKINK, Naib Johan Malam Perbarisan Hari Kebangsaan 2023 Negeri Kelantan

PKINK NAIB JOHAN PERBARISAN TERBAIK HARI KEBANGSAAN 2023 NEGERI KELANTAN
 
KOTA BHARU, 31 Ogos - Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) telah menyertai Pertandingan Perbarisan Terbaik Sempena Sambutan Hari Kebangsaan 2023 Peringkat Negeri Kelantan di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu di sini semalam.
PKINK telah berjaya memenangi Naib Johan dalam pertandingan itu. Sebanyak 66 kontinjen menyertai acara perbarisan melibatkan badan beruniform dan jabatan-jabatan kerajaan Negeri Kelantan.
Piala Naib Johan serta Cek Cura bernilai RM1,000 telah disampaikan oleh YAB Dato' Panglima Perang Dato' Ustaz Mohd Nassuruddin bin Haji Daud, Menteri Besar Negeri Kelantan kepada wakil Kontijen PKINK.

Print