Program Maidhatul Rahman Ramadhan anjuran Permodalan Kelantan Berhad bersama Pusat Perubatan An -Nisa

Program Maidhatul Rahman Ramadhan anjuran Permodalan Kelantan Berhad bersama Pusat Perubatan An-Nisa
Ramadhan al-Mubarak merupakan Penghulu segala bulan yang penuh dengan keberkatan dan pengampunan. Setiap detiknya diisi dengan pelbagai amalan yang menjanjikan ganjaran dan rahmat dari Allah SWT. Antara amalan yang dituntut ialah amalan bersedekah.
Justeru Permodalan Kelantan Berhad merebut peluang ini dengan menganjurkan Program Maidatul Rahman bersama Pusat Perubatan An-Nisa’ pada 17 Mac 2025 yang menyantuni 37 orang asnaf terpilih.
Sumbangan sebanyak RM300.00 seorang berupa bakul makanan dan tunai syawal disampaikan oleh YB Dato’ Bentara Kanan Ustaz Dato’ Hj Ahmad bin Yakob, Pengerusi PKB. Turut menyampaikan sumbangan ialah YB Dato Hajjah Mumtaz binti Md Nawi, YBhg Dato’ Sr Hj Zamri bin Ismail dan YBrs. En Hassan Shukri bin Hussein selaku Pengurus Besar PKB.
Seramai 250 tetamu yang hadir dan menikmati juadah iftar bersama-sama dengan penuh meriah.
 

Print