Sambutan Jubli Emas PKINK 0

Posted on 17, January 2016

in Category Uncategorized


KOTA BHARU – Ditubuhkan pada tahun 1966, kini, Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) meraikan sambutan Jubli Emasnya di Dewan Konvensyen Kelantan Trade Centre, disini.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob merangkap Pengerusi Kumpulan PKINK merasmikan pelancaran sambutan tersebut yang turut sama untuk memperkenalkan kembali semula PKINK kepada umum serta memperlihatkan PKINK sebagai satu badan yang mampu mengubah tahap ekonomi dan sosial setempat.

“Selain itu, PKINK juga harus meneruskan peranan untuk melahirkan usahawan melayu yang lebih berdaya saing di masa hadapan,”katanya ketika sidang media disini.

Turut hadir, Exco Kerajaan negeri, Ahli Lembaga Pengarah syarikat anak Kumpulan PKINK, ketua-ketua jabatan negeri dan persekutuan serta semua kakitangan PKINK. Tidak lupa juga, mantan Pengurus Besar atau Ketua Eksekutif yang telah berkhidmat sebelum ini.

Ahmad juga menggesa, usaha yang berterusan perlu dilakukan untuk mengekalkan momentum PKINK untuk terus berkhidmat dalam merealisasikan matlamat yang sedia ada, seiring dengan aliran arus perkembangan ekonomi semasa.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKINK, Dr Wan Zawawi Wan Ismail turut memberitahu, pihaknya akan menitik beratkan latihan kepada usahawan-usahawan tempatan dengan mengadakan banyak latihan secara percuma dan menyediakan ruang niaga dan jalan untuk para usahawan ini menggiatkan lagi perniagaan mereka dengan peruntukan yang diperlukan.

“Dan untuk sambutan Jubli Emas ini juga, bermula dati tarikh pelancaran sambutan ini hingga ke tarikh sebenar 50 tahun penubuhan tersebut, pelbagai aktiviti telah dirancang seperti karnival sukan, berbasikal, karnival keusahawanan, ekspo perumahan dan seminar ekonomi akan diadakan dari semasa ke semasa,”katanya.

# Menyusuri 50 tahun Sebagai Kemudi Untuk Mendepani Cabaran 50 tahun mendatang

0 Comments